Polis Tahan Warga Nepal Yang Dipukul Lepas Beri Keterangan

- Advertisement -

Cyberjaya – Seorang pengawal keselamatan Nepal, yang rakaman video serangan ke atasnya tersebar di media sosial, ditahan polis hari ini susulan satu laporan berasingan terhadapnya.

Bagaimanapun, kandungan laporan polis yang dibuat terhadap Eslam Husen, 26, tidak diketahui.

Peguam Sumitha Shaanthinni Kishna yang mewakili Eslam berkata, anak guamnya memberi keterangan berhubung serangan oleh warga Nepal yang dikenali sebagai Ram Gopal Murau di Balai Polis Wangsa Maju pada 4 petang tadi.

“Tetapi, Elsam ditahan polis untuk siasatan berkaitan satu lagi laporan yang dibuat terhadapnya oleh pihak ke-3.

“Kami akan mengambil keterangannya esok,” katanya ketika dihubungi.

Kelmarin, polis menahan Ram selepas rakaman dia menyerang Elsam dengan menampar, menumbuk dan memukulnya dengan cota sambil memarahinya tersebar.

Siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku di tempat letak kereta sebuah kondominium di Jalan Madrasah, Wangsa Maju pada 7 Julai lalu.

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan berdasarkan maklumat yang diberikan Kedutaan Nepal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat