Nilai Ringgit Naik Paras Tertinggi Dalam Tempoh Lima Bulan

“Mana Dia Mau ‘Curi’ Tanah Begitu Banyak?” – Bung Moktar

LAHAD DATU: Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini mempersoalkan janji pemimpin Warisan Sabah untuk memberikan 5 ekar tanah kepada setiap...

Najib Nak Jentik Pemimpin UMNO Lompat Parti

PANTAI MANIS - Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau sedia menerima semula pimpinan UMNO yang melompat parti tetapi kepala mereka akan dijentik supaya...

Komander Siber Warisan Bongkar Penipuan Kerajaan Negeri

PANTAI MANIS – Fenomena salah ubah dikalangan penyokong kuat Parti Warisan Sabah (Warisan) semakin membuak-buak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September ini. Bekas...

MT UMNO, Razlan Rafii Dilaporkan Positif Covid-19 Kata Sumber

Kota Kinabalu - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii dilaporkan positif Covid19 selepas berkempen di kawasan parlimen Sipitang. Menurut sumber yang dihubungi SuaraTV sebentar...

Saya Rasa Pinggang Macam Dah Nak Patah Kata Najib

Papar - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata akan tetap membantu jentera Barisan Nasional (BN) walaupun berdepan dengan jadual...

KUALA LUMPUR – Ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain dan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), berada pada paras tertinggi lima bulan ketika ditutup hari ini.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, mengaitkan peningkatan memberangsangkan ini kepada kelemahan dolar AS dan kestabilan harga minyak global.

Mata wang tempatan ditutup pada 4.1930/1960 berbanding dolar AS hari ini daripada 4.2180/2230 pada jam 6 petang semalam.

Ia adalah prestasi terbaik ringgit sejak ditutup pada paras 4.1700/1750 pada 6 Mac.

“Harga minyak mengukuh, dolar pula lemah dan perolehan sebenar AS turun dengan mendadak, menjadikan Sekuriti Kerajaan Malaysia lebih menarik. Selain itu, pergeseran perdagangan antara AS dan China nampaknya berubah menjadi positif.

“Hari ini adalah hari yang terbaik untuk ringgit. Sejujurnya, saya belum pernah melihatnya sebegini baik untuk beberapa ketika,” katanya.

Harga minyak mentah global meningkat berikutan penurunan ketara inventori mentah AS dengan pengeluaran pada bulan Mei dilaporkan merosot sebanyak 1.99 juta tong sehari, penurunan bulanan paling teruk sejak Januari 1980.

Harapan agar AS terus membuat perkembangan ke atas pakej rangsangan baharunya, diikuti dengan jangkaan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk suku kedua yang lebih baik daripada dijangkakan turut membantu melonjakkan keyakinan di pasaran.

Semasa laporan ini ditulis, penanda aras minyak mentah Brent menokok 2.05 peratus kepada AS$45.34 setong sementara minyak mentah West Texas Intermediate menambah 2.21 peratus kepada AS$42.62 setong.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0619/0646 daripada 3.0672/0719 semalam dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.9661/9701 daripada 3.9796/9855 pada Selasa.

Unit tempatan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.5046/5106 daripada 5.5079/5161 dan naik berbanding euro kepada 4.9709/9760 daripada 4.9747/9810 sebelumnya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Nurul Izzah Beri Peringatan Kepada DAP, Jangan Langgar Setiakawan

SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengkritik kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai calon perdana...

Roscosmos Isytihar Planet Zuhrah Milik Rusia

MOSCOW – Ketua Agensi ­Angkasa Lepas Rusia, Roscosmos mengisytihar Zuhrah sebagai ­milik Rusia selepas satu kajian mendapati ada kehidupan di planet itu, lapor Daily...

Ahli Parlimen ‘Kantoi’ Lihat Gambar Lucah Ketika Sidang Parlimen Thailand

BANGKOK - Seorang wakil rakyat Thailand mencetus kontroversi memalukan apabila didapati melihat gambar lucah di telefonnya ketika sidang parlimen berlangsung. Portal Bangkok Post melaporkan, Ronnathep...