Mereka Yang Bertanggungjawab Dalam ‘Bencana’ Beirut Akan Terima Balasan: PM Lubnan

- Advertisement -

BEIRUT: Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab berjanji bahawa mereka yang bertanggungjawab sehingga berlaku letupan besar di pelabuhan Beirut semalam, yang mengorbankan puluhan orang dan mencederakan ribuan orang, akan menerima balasan.

“Apa yang berlaku hari ini tidak akan terlepas dari tindakan,” katanya dalam ucapannya di televisyen negara itu pada Selasa.

“Mereka yang bertanggungjawab terhadap bencana ini akan membayar harganya.”

Punca sebenar letupan yang kesannya boleh dirasai di seluruh ibu kota Lubnan itu belum disahkan, tetapi para pegawai mengatakan ia boleh dikaitkan dengan “bahan letupan” yang disita dan disimpan di gudang di pelabuhan tersebut “selama bertahun-tahun”.

Diab, dalam ucapannya, menjanjikan siasatan mengenai dakwaan bahawa letupan itu berpunca dari “bahan letupan disimpan dalam gudang sejak enam tahun, lepas”

Perdana Menteri juga turut meminta bantuan antarabangsa untuk membantu Lebanon, yang sudah menghadapi terjejas akibat krisis ekonomi terburuk dan wabak coronavirus yang meningkat secara mendadak.

Dua negara jiran, Israel dan Iraq dilaporkan telah berjanji untuk menghantar pasukan perubatan masing-masing bagi membantu negara berkenaan – Al Jazeera

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat