Kenapa PH-BN kempen tak cadang pun Dr Joohari akan diangkat jadi Ketua Menteri Pulau Pinang? – Sanusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mempersoalkan mengapa semua pimpinan Kerajaan Perpaduan daripada Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) tidak pernah mencadangkan calon PH DUN Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang kalau menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Sabtu ini.

Kata Sanusi dalam ceramah berdegar-degar pimpinan PH-BN di Sungai Bakap sepanjang tempoh berkempen ini, tidak ada satu suara pun membangkitkan untuk menamakan Dr Joohari sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Semua pemimpin parti PH-BN sama ada dari DAP, PKR, Amanah, Umno… daripada yang jadi Timbalan Perdana Menteri, Ketua Menteri, menteri-menteri , timbalan-timbalan menteri, tmbalan ketua Menteri, Exco, MP-MP dan Adun-Adun depa berulang kali mengangkat calon depa di Sg Bakap ni hebat, terpelajar, ada kelulusan tinggi bla bla bla… dalam ceramah, dalam pertemuan, dalam TV, radio, surat khabar, dalam media sosial, dalam kempen rumah ke rumah… sampailah kepada influencer cari makan yang menjerit dari atas lori semua kata dia hebat tiada tandingan.

“Pasai apa tak dak seorang pun daripada depa yang mencadangkan Dr Joohari akan diangkat menjadi Ketua Menteri Penang kalau dia menang PRK Sg Bakap? Cuba pi tanya,” kata Menteri Besar Kedah itu.

Semalam, Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan, Adam Adli Abd Halim berkata, latar belakang calon PH, Dr Joohari Ariffin sebagai seorang pendidik diyakini mampu menambat hati golongan muda untuk memilihnya pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Sabtu ini.

Menurut Adam Adli, ini kerana figura yang mesra disapa Cikgu Joohari itu tidak perlu berlakon untuk menjadi orang muda, sebaliknya tahu bagaimana mendekati golongan itu berdasarkan pengalaman luas ketika menjadi seorang guru dan juga pengarah di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara.

“Malah, mereka turut menjadikan beliau sebagai tokoh yang amat dihormati dan inilah kelebihan yang dimiliki Cikgu Joohari yang dekat dengan golongan muda,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat