Noh masuk Bersatu sebab mengidam jadi calon Tanjung Karang, sanggup ‘jual’ nama Najib -Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Faktor kononnya simpati terhadap nasib Datuk Seri Najib Razak adalah alasan ‘low class’ yang digunakan Tan Sri Noh Omar menyertai Bersatu dakwa Datuk Puad Zarkashi.

Menurut ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu, Noh bukanlah ‘die hard’ Najib.

Sebaliknya Puad mendakwa Noh sedang mengintai peluang untuk menjadi calon Bersatu untuk kerusi Parlimen Tanjung Karang.

“Noh Omar masuk Bersatu kerana kecewa permohonan Najib ditolak oleh mahkamah dua hari lalu.

“Sanggup jual nama Najib untuk lompat parti.

“Low class punya alasan. Noh Omar bukan die hard Najib. Apa dia boleh buat untuk membela Najib kalau masuk Bersatu? bidas Puad.

Kata beliau, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Bersatu lagi kuat mahu Najib dipenjarakan.

“Lagi lama ditahan lagi bagus.

“Sebenarnya Noh masuk Bersatu kerana dia mengidam jadi calon kerusi Tanjung Karang. Dia yakin kerusi itu akan dikosongkan,” dakwa Puad dalam hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Semalam, Noh mengumumkan menyertai Bersatu selepas dipecat Umno tahun lalu kerana melanggar disiplin parti pada PRU15.

Bekas ketua Umno Selangor berkata beliau memohon menjadi ahli Bersatu semalam secara dalam talian dan terus diterima.

Dakwanya, antara faktor beliau menyertai Bersatu termasuk simpati terhadap nasib dan perkembangan dalam kes bekas perdana menteri, Najib Razak.

Mahkamah Tinggi kelmarin, menolak permohonan bekas presiden Umno itu memulakan semakan kehakiman terhadap kerajaan untuk memaksa penzahiran titah adendum dikatakan dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong terdahulu, membolehkannya menjalani tahanan di rumah.

“Disebabkan rayuan Najib tidak berjaya maka ambil keputusan untuk sertai Bersatu secara online semalam.

“Saya sebelum ini beberapa kali berjumpa dengan ‘Bosku’ di mahkamah dan pesan ‘kamu kena sabar, jangan masuk mana-mana parti dan bertenang Insya-Allah perjuangan kita berjaya’,” katanya.

Noh pernah menganggotai Kabinet di zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, Najib dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Antara portfolio dipegangnya termasuk kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan serta pertanian dan industri asas tani.

Ahli Parlimen Tanjong Karang selama enam penggal itu digugurkan daripada kerusi itu pada PRU15 menyaksikan Barisan Nasional (BN) tewas kepada Perikatan Nasional (PN).

Beliau antara individu disebut-sebut bakal dipertaruhkan PN jika berlaku PRK di kerusi terbabit susulan permohonan Bersatu mengosongkannya.

Ini selepas penyandangnya Dr Zulkafperi Hanapi terlucut keahlian Bersatu kerana gagal mematuhi arahan parti dengan terus menyokong pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat