Semoga penyertaan Noh dapat pertingkat sokongan rakyat kepada Bersatu – Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalu-alukan keputusan bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor,Tan Sri Noh Omar untuk menyertai Bersatu semalam.

“Tan Sri Noh sebelum ini banyak menyertai program Bersatu malah turut sama-sama membantu Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) dalam beberapa siri kempen pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil.

“Saya melihat kesediaan Noh menyertai Bersatu secara rasmi adalah satu langkah tepat sekali gus membuka ruang kepada beliau untuk memberikan sumbangan yang lebih bermakna kepada parti.

“Saya berdoa semoga hijrah beliau ke dalam wadah parti Bersatu akan meningkatkan lagi sokongan rakyat kepada parti ini dan memperkukuhkan saf perjuangan PN menuju Pilihan Raya Umum Ke-16 nanti, Insya-Allah,” ujar Pengerusi PN itu pada Jumaat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat