Tun M Ingatkan Syed Saddiq Tak Lupa Sejarah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya tidak lupa sejarah.

Bekas Perdana Menteri itu malah membidas Syed Saddiq berkenaan istilah negara berbilang bangsa (multiracial).

“Sementara Sultan Kedah pun memperingati kita supaya jangan lupa sejarah, Syed Saddiq suruh kita hapuskan sejarah bangsa dan agama kita.

“Oleh itu itu dengan definisi Melayu sebagai orang yang bertutur kata dalam bahasa Melayu, mengamal adat istiadat Melayu dan agama Islam seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, maka kita semua tidak lagi jadi orang Melayu.

“Itulah kesan apabila negara ini diiktiraf sebagai negara multiracial,” kritik Dr Mahathir dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau malah mengatakan bahawa, “Syed Saddiq okay.Melayu lain tidak okay”.

Pada 3 Julai lalu, Presiden Muda itu membidas kenyataan Dr Mahathir berhubung dakwaan mempromosikan negara berbilang bangsa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menekankan ‘kemelayuan Malaysia’.

Syed Saddiq berkata, kemerdekaan dicapai adalah melalui perpaduan penduduk yang pelbagai, merentasi sempadan kaum dan agama.

Ahli Parlimen Muar itu juga berkata, Sabah dan Sarawak yang menyertai pembentukan negara ini sebagai rakan kongsi turut menunjukkan komitmen secara keseluruhan serta inklusif.

“Hari ini rakyat Malaysia mengutamakan identiti nasional bersama mereka daripada mana-mana etnik atau tanah air nenek moyang.

“Mereka yang lahir hari ini bangga dipanggil rakyat Malaysia dahulu dan bukannya India atau Cina,” katanya.

Dr Mahathir sebelum itu mendakwa mempromosikan negara berbilang bangsa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menekankan ‘kemelayuan Malaysia’.

Beliau turut mempersoalkan pendirian Kerajaan Perpaduan yang melaungkan Malaysia sebagai negara berbilang kaum.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat