Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Dua Jemaah Haji Meninggal Dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dua jemaah Malaysia yang meninggal dunia semasa menunaikan ibadat haji di Makkah baru-baru ini.

Jemaah haji tersebut ialah Mohd Nasir Mad Zin dan Che Siah Bakar.

Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi hantaran di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian jemaah haji tersebut dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mereka sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu itu.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh-roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh,” menurut hantaran itu.

Jemaah haji negara mula berlepas pulang ke tanah air hari ini dan penerbangan akhir dijangka pada 31 Julai, melibatkan keseluruhan 98 penerbangan. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat