YBR, UM Latih Bakal Usahawan Teknologi Negara

- Advertisement -

PETALING JAYA — Program keusahawanan UM Deep Tech (UMDT) 3.0 berasaskan teknologi melalui penyelidikan telah dianjurkan oleh Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) hari ini.

Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang menyifatkan program tersebut sebagai ‘membangunkan golongan usahawan’ terutamanya dari kalangan belia.

Menurutnya program ini penting kepada usahawan untuk menceburkan diri di dalam bidang perniagaan melalui program berasaskan pendidikan dan penyelidikan.

“Peserta bukan sahaja mendapat latihan kemahiran, malah dapat juga memasarkan
produk kepada potensi pelabur.

“Ia secara tidak langsung dapat menjana ekonomi negara dan menarik minat pelabur dari luar negara,”

“Program yang berkonsepkan mentor ini juga diharapkan dapat memberi pendedahan dan bimbingan kepada peserta untuk mendapatkan tunjuk ajar serta bertanyakan sebarang kemusykilan atau melontarkan sebarang idea kepada perunding yang telah dipilih dikalangan mereka yang berpengalaman,” jelasnya dalam satu kenyataan media.

Tambah beliau lagi, program ini merupakan platfom bagi menghasilkan produk yang
berkualiti tinggi serta sebagai persediaan kepada peserta untuk menghadapi dunia perniagaan.

“Khidmat kepakaran para perunding ini bukan sahaja menjurus kepada peningkatan
kemahiran serta memberi khidmat nasihat malah peserta turut berpeluang menjana
pendapatan melalui produk baru dan akses pengetahuan pasaran bagi produk mereka
sedia ada,”

Beliau turut berpendapat, bidang keusahawanan merupakan salah satu bidang
alternatif dalam membuka peluang kepada anak muda untuk mendapatkan pendapatan yang lebih lumayan serta meningkatkan taraf hidup mereka ke peringkat seterusnya.

Beliau hadir merasmikan Program UM Deep Tech (UMDT) 3.0 Start-Up Accelerator di Auditorium, Menara KKPI, UM di sini hari ini.

Majlis perasmian turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Dan Inovasi Universiti Malaya, Professor Ir. Dr. Shaliza Ibrahim, Pengarah Universiti Malaya Centre Of Innovation & Enterprise (UMCIE), Prof. Madya Dr. Ivy Chung, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani, Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman dan Pengurus Jabatan Program YBR, Haziqah Hazemi.

Program dengan kerjasama UMCIE ini melibatkan 16 kumpulan serta penglibatan
pakar perunding yang berpengalaman yang akan dijalankan selama 6 bulan.

UMDT bagi tahun 2023 yang dilaksanakan melalui kohort berbeza ini melibatkan pengendalian kelas teori, konseptual dan kelas pembelajaran bercampur melibatkan
65 sub-topik oleh pakar perunding yang dilantik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat