Realisasikan Semua Inisiatif Dibentang NACCOL – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa agar pelaksanaan pelbagai inisiatif yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) terus dipantau dengan lebih teliti.

Selain itu, beliau juga menyeru supaya usaha turun padang dipergiat dan dilipat gandakan agar inisiatif yang direncanakan ini dapat membawa manfaat yang berterusan kepada rakyat.

“Pagi (semalam) tadi, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Bilangan 4 bagi tahun 2023 yang turut dihadiri Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-ketua Jabatan dan agensi-agensi kerajaan.

“Banyak yang dapat kami bincang dan perhalusi antara strategi pemasaran bahan makanan, analisis sentimen rakyat mengenai kos sara hidup, Program Ekonomi Sempadan iaitu Pembekalan Petrol RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi, dan program inisiatif Payung Rahmah,” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Menurut Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu lagi, sehingga 30 Jun 2023, Program Jualan Agro Madani telah dilaksanakan di seluruh negara yang melibatkan 52 lokasi di Kompleks Kerajaan di seluruh negara melibatkan seramai 720 orang usahawan tempatan dengan nilai penjimatan kepada pelanggan sehingga RM320,000.

“Tambahan itu, mengurangkan ketirisan subsidi kerajaan pula, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) sedang melaksanakan projek rintis Projek Pembekalan Petrol RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi) di bawah inisiatif Program Ekonomi Sempadan yang dilaksanakan di Padang Besar dan Wang Kelian.

“Dalam pada itu juga, melalui inisiatif Payung Rahmah, pelbagai program telah dilaksanakan seperti Jualan Rahmah, Pakej Rahmah dan Bakul Rahmah.

“Terbaru, KPDN turut memperkenalkan Kad Inisiatif Menu Rahmah yang telah bermula 15 Jun 2023 dengan kerjasama pasar raya utama bagi memberi kemudahan kepada pengusaha untuk mendapatkan barang mentah pada kadar harga yang lebih rendah berbanding harga borong pasaran,” ujar Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat