‘Moevd Halmart’ Bantu Usahawan Kembangkan Rangkaian Perniagaan

- Advertisement -

MELAKA — Moevd Groups Sdn Bhd telah memperkenalkan aplikasi ‘Moevd Halmart’ yang tidak melibatkan kos pendaftaran, promosi dan kempen yang lebih agresif untuk capaian pasaran pengguna yang lebih meluas.

Oleh itu satu satu sesi taklimat aplikasi ‘Moevd Halmart’ kepada SME Melaka telah berlangsung di Melaka Halal Hub baru-baru ini.
 
Pengurus Besar Melaka Halal Hub, Abdul Hakim Abdul Wahib berkata, platform Moevd Halmart adalah salah satu usaha Melaka Halal Hub untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan bersama-sama dengan usahawan.

“Dengan menggunakan platform ini, usahawan dapat mempromosikan dan mengembangkan lagi rangkaian perniagaan mereka.

“Sesi taklimat ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi Moevd dan platform Moevd Halmart untuk menggalakkan usahawan mendaftar produk mereka bersama Moevd,” katanya dalam satu kenyataan media.

Jelasnya terdapat seramai 50 usahawan yang akan menjana ekonomi melalui platform Moevd Halmart.

“Aliran sistem Moevd Halmart juga telah di bentangkan supaya lebih mudah usahawan memahami platform ini.
 
“Melalui perkhidmatan Moevd Halmart di dalam aplikasi ini, usahawan yang telah berdaftar boleh menawarkan pelbagai produk halal mereka kepada pelanggan Moevd secara dalam talian,” katanya.

Selain itu katanya, usahawan yang berminat untuk mendapatkan sijil halal, Moevd akan menghubungkan usahawan kepada pihak HDC untuk tindakan selanjutnya.
 
Selain dari perkhidmatan perniagaan produk halal, aplikasi Moevd juga menawarkan perkhidmatan e-hailing, pakej umrah, penghantaran makanan dan bungkusan, perniagaan produk Halal, pembaharuan insurans motor dan banyak lagi.

Moevd Groups Sdn Bhd merupakan syarikat milik penuh Bumiputera yang membangunkan dan menawarkan Servis Aplikasi Gaya Hidup (People’s Lifestyle App) di bawah jenama Moevd.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat