PM Sambut Baik Idea, Saran Pertubuhan Profesor G70 Jayakan Malaysia Madani

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri akan meneliti hasrat dan saranan Pertubuhan Profesor G70 untuk membantu dan memberikan naratif yang positif untuk kefahaman dan aplikasi menyeluruh terhadap usaha Malaysia Madani.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim beliau menyambut baik dan meraikan segala bentuk idea dan syor bagi merealisasikan impak dan aplikasi Malaysia Madani kepada rakyat Malaysia, di pelbagai latar umur dan taraf kehidupan.

“Menerima kunjungan hormat delegasi Pertubuhan Profesor G70 diketuai Penasihatnya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar di Putrajaya.

“Saya mendengar dan meneliti hasrat dan saranan G70 untuk membantu dan memberikan naratif yang positif untuk kefahaman dan aplikasi menyeluruh terhadap usaha Malaysia Madani.

“Saya menyambut baik dan meraikan segala bentuk idea dan syor bagi merealisasikan impak dan aplikasi Malaysia MADANI kepada Rakyat Malaysia, di pelbagai latar umur dan taraf kehidupan.

“InsyaAllah syor dan saranan daripada G70 akan diperhalusi dan diterjemahkan kepada tindakan bagi manfaat dan kebaikan kepada rakyat dan negara,” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Anwar menyeru agar semua untuk terus berusaha dan berkarya dan berbakti untuk kebaikan bersama.

“Inilah maksud yang tersirat di dalam erti Madani,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat