- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) ditetapkan pada Sabtu, 12 Ogos 2023.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh hari ini mengumumkan tarikh-tarikh penting PRN iaitu tarikh penamaan calon ditetapkan pada 29 Julai 2023.
“Hari undi awal pula pada 8 Ogos 2023,” katanya ketika sidang media pada Rabu.
PRN ini membabitkan enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.