Pegawai Maritim Cedera Parah Akibat Ditetak Nelayan Vietnam

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU – Seorang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu cedera parah akibat ditetak dengan parang seorang nelayan Vietnam di perairan Kuala Terengganu, dekat sini, pada pukul 11.30 pagi tadi.

Menurut Pengarah Maritim negeri, Khairul Anuar Abd. Majid, insiden berlaku ketika mangsa memeriksa sebuah bot dinaiki suspek bersama 15 yang lain yang sedang leka menangkap ikan.

Beliau berkata, tetakan itu menyebabkan Shakir Zufayri Azizul Rahman, 27, cedera parah di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang untuk diberi rawatan.

“Pasukan peronda sebelum itu mengesan sebuah bot pada kedudukan 148 batu nautika dari Kuala Terengganu disyaki menceroboh perairan negara untuk menangkap ikan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati 16 kru warga Vietnam terdiri daripada 15 awak-awak dan seorang tekong di atas bot terbabit tidak memiliki permit serta lesen yang sah.

“Namun salah seorang daripada mereka bertindak agresif menetak mangsa menggunakan sebilah parang sebelum kesemuanya ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah Khairul Anuar lagi, insiden itu turut menyebabkan berlaku pergelutan sehingga mengakibatkan kecederaan di bahagian peha kepada tekong bot warga Vietnam.

Beliau berkata, tindakan nekad nelayan warga asing itu kemudian dapat dikawal pasukan penguatkuasa Maritim Malaysia daripada terus menyerang pegawai dan anggota lain.

“Kesemua mereka telah dirujuk ke HTAA dengan dibawa menaiki helikopter Maritim Malaysia bagi mendapatkan rawatan segera.

“Seramai 16 nelayan Vietnam terbabit ditahan dibawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa memiliki sebarang pas yang sah,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat