MCA Tidak Tanding PRN Enam Negeri, Akan Bantu Kempen Calon BN

- Advertisement -

CYBERJAYA – MCA mengumumkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri melibatkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, yang akan berlangsung pada bulan depan.

Menerusi satu kenyataan rasmi hari ini, Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon, berkata keputusan tersebut dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA hari ini selepas perbincangan, analisis serta mengambil kira situasi politik semasa.

“Dalam tempoh ini, MCA akan lebih menumpukan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 16 (PRU16).

“Dalam masa sama, MCA akan memainkan peranan sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) di mana kami akan membantu calon-calon parti komponen BN di dalam PRN 6 negeri ini kelak.

“Ditegaskan bahawa MCA berpegang teguh kepada falsafah penubuhan parti kami, iaitu mana-mana keputusan yang diambil parti haruslah selari dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesederhanaan, kebebasan dan demokrasi, di samping menjaga hak dan kepentingan rakyat sebagai agenda utama kami,” katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRN di keenam-enam negeri dijalankan secara serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat