PAS akan ambil tindakan jika pimpinan, ahli cetus perpecahan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS menjunjung tinggi titah nasihat dan pandangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya gejala perpecahan yang kini berlaku di kalangan orang Melayu di negara ini dihentikan segera.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PAS akan terus komited untuk mengusahakan Agenda Penyatuan Ummah di kalangan Umat Melayu Islam di negara ini sekali gus mengukuhkan perpaduan nasional di antara semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

“PAS juga akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pimpinan dan ahlinya yang bertindak membelakangkan aspek perpaduan dan mendorong berlakunya perpecahan di kalangan masyarakat.

“PAS juga akur sebagaimana dititahkan Baginda bahawa Agama Islam sentiasa menggalakkan manusia bersatu padu dan tidak berpecah belah selaras dengan perintah yang terkandung dalam kitab suci al- Quran,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Semalam Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, memandang serius gejala perpecahan dalam kalangan orang Melayu, terutama pemimpin politik Melayu.

Menerusi satu kenyataan, baginda bertitah, perbalahan dalam kalangan pemimpin politik Melayu yang dilihat begitu ketara ketika ini, boleh mengancam perpaduan, keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum serta kestabilan politik di negara ini.

“Beta tidak berhasrat mencampuri urusan politik dan pentadbiran negara, walau bagaimanapun beta merasa bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan pandangan bagi memperbetulkan keadaan, di samping menggesa agar perpecahan orang Melayu dan pemimpin politik Melayu dapat segera dihentikan.

“la bagi menjamin agar kepentingan masyarakat Melayu dapat dipelihara tanpa mengenepikan hak dan kepentingan masyarakat bukan Melayu di negara ini,” titah baginda dalam satu kenyataan yang dikongsikan Selangor Royal Office.

Sultan Selangor bertitah, pemimpin-pemimpin politik Melayu perlu sedar bahawa pembangunan serta kemajuan negara amat bergantung kepada kepimpinan yang stabil dan jika pemimpin Melayu gagal menunjukkan kepimpinan yang baik dan bertanggungjawab, kaum lain akan hilang rasa hormat sekali gus tidak akan memberi sokongan yang padu kepada pemerintahan orang Melayu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat