Bad, anjing pakar pengesan dadah mati selepas 11 tahun berkhidmat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Anjing pengesan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang pernah berjasa menumpaskan sindiket dadah telah pergi buat selamanya.

Anjing jantan spesis Labrado yang dikenali sebagai Bad adalah pakar mengesan pelbagai jenis dadah.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Pahang hari ini berduka cita mengucapkan selamat tinggal kepada Bad yang telah berbakti selama 11 tahun.

“Bad, pergimu adalah kehilangan besar buat Polis Diraja Malaysia.

“Jasamu membantu Pasukan memerangi musuh nombor satu negara pastinya tidak akan dilupakan dan kekal dalam lipatan sejarah buat selamanya,” titip Facebook JSJ Pahang.

Bad ialah anjing jantan spesis Labrado berasal dari Jerman di bawah seliaan Koperal Willen Slamping@Sirampin.

Bad merupakan pakar dalam mengesan pelbagai jenis dadah.

“Sepanjang perkhidmatan dua kejayaan besar Bad adalah menumpaskan sindiket dadah pada tahun 2012 dan 2014.

“Terima kasih Bad atas khidmati bakti kepada negara selama 11 tahun dalam Unit Anjing Pengesan (K9), Ibu Pejabat Polis Pahang.

“Selamat berehat di negeri abadi,” ucapnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat