Zahid Jumpa Ahli Parlimen UMNO?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka mengadakan sesi perundingan dengan 38 Ahli Parlimen UMNO termasuk kalangan Menteri dan Timbalan Menteri bagi memaklumkan hasrat beliau untuk membawa UMNO keluar dari Kerajaan secepat mungkin.

Semalam dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid dikatakan bertemu dengan Ahmad Zahid memaklumkan keputusan 35 Ahli Parlimen BN untuk tidak akan meninggalkan kerajaan sebelum Parlimen dibubarkan.

SuaraTV difahamkan 31 Ahli Parlimen UMNO tidak akan mematuhi sebarang keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang bertentangan dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020. 4 orang Ahli Parlimen BN turut menyokong keputusan ini.

Keputusan ini dibuat berikutan tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengutip tandatangan ahli MKT UMNO bagi membuat keputusan supaya parti menarik diri dari kerajaan pada 1 Ogos 2021 nanti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat