Zahid Hamidi Masih Diyakini Akar Umbi UMNO Kata Penganalisis

- Advertisement -

PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih mendapat keyakinan dari ahli UMNO untuk terus menerajui parti walaupun ada desakan dari segelintir pemimpin dan ahli parti untuk mengundurkan diri kerana tindakan Zahid yang cuba bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP melalui Akuan Bersumpah menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Memetik laporan Utusan, Dr. Mazlan Ali dari Pusat Perdana Fakulti Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur berkata, kepercayaan akar umbi parti kepada Ahmad Zahid itu adalah bersandarkan kepada beberapa faktor termasuklah pendiriannya terhadap perjuangan dan masa depan UMNO.

Kata Dr Mazlan, bekas Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohd Najib Razak dan Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohamad bin Hasan juga masih memberi kepercayaan kepada Zahid untuk terus menerajui parti.

“Beliau berani menangguhkan pemilihan selama 18 bulan, itu jelas menunjukkan penentangnya hilang peluang untuk menjatuhkannya, sebaliknya Ahmad Zahid dapat mengawal partinya dengan baik.

“Beliau juga masih mendapat sokongan pemimpin terten­tu yang berpengaruh seperti Najib dan Tok Mat, ini bermakna masih nampak kuat kepe­mimpinannya dalam parti. Oleh sebab itu, beliau kemungkinan besar tidak akan berundur daripada jawatan presiden,” katanya.

Mazlan menjelaskan, Ahmad Zahid sengaja memanggil beberapa pemimpin parti untuk membincangkan isu penarikan sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) bagi mendapatkan respons dan tindak balas daripada menteri-menteri UMNO dan ahli Parlimen yang menyokong kerajaan bagi mengatur langkah seterusnya.

“Beliau jelas tersinggung dengan menteri-menteri UMNO yang seolah-olah mempertahankan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mereka selesa menjadi menteri. Beliau khuatir UMNO akan menjadi parti kecil pada masa akan datang kerana perlu menyerahkan kerusi kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” katanya.

Namun, katanya, Ahmad Zahid akan terus kekal di kerusi presiden kerana beliau masih mendukung majoriti aspirasi akar umbi parti yang menolak kerjasama dengan Bersatu dan PN.

“Sokongan terhadap PN dan Bersatu ini seolah-olah menggadaikan masa depan UMNO, sebab itu Zahid mahukan jajaran baharu. Beliau dilihat terus mempertahankan masa depan UMNO.

“Seteruk mana pun beliau dikritik dan dikecam, beliau masih survive kerana kepercayaannya kepada pandangan akar umbi, beliau percaya kedudukan sebagai menteri PNAhmad Zahid masih dipercayai tidak akan terjamin.

“Kalau terus sokong PN mungkin UMNO akan hilang perjuangan. Ahmad Zahid tetap perlu buat keputusan, tetapi akhirnya yang kalah nanti jadi abu, yang menang jadi arang,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat