Sidang Khas Dewan Rakyat Bermula Pada 26 Julai Dan Dewan Negara Mulai 3 Ogos – Pejabat PM

- Advertisement -

CYBERJAYA: Sidang Khas Dewan Rakyat diadakan lima hari mulai 26 Julai hingga 2 Ogos dan Dewan Negara tiga hari mulai 3 sehingga 5 Ogos 2021.

Menurut kenyataan media Pejabat Perdana Menteri, kerajaan telah bersetuju untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan.

Kata kenyataan itu lagi, mesyuarat ini diadakan bagi memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negada dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.

“Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembangaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen (shall be laid before both Houses of Parliemant) 

“Mesyuarat ini akan diadakan mengikut SOP yang ditentukan oleh Majlis Kesalamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Nota Jemaah Menteri telah diedar secara berutus kepada Jemaah Menteri untuk mengambil maklu mengenai perkara ini,” kata kenyataan tersebut. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat