Ibu Hamil Diberi Keutamaan Suntikan Vaksin

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan mengeluarkan arahan kepada setiap Pengarah Kesihatan Negeri supaya mengutamakan pemberian vaksin Covid-19 kepada ibu hamil dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Perkara itu dinyatakan menerusi pekeliling terbaharu ditandatangani Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini.

Arahan dan pelaksanaan pemberian vaksin kepada ibu hamil itu berkuat kuasa serta merta hari ini.

Mengikut surat pekeliling bertajuk Garis Panduan Pelaksanaan Pemberian Vaksin Covid-19 Kepada Ibu Hamil, arahan itu dikeluarkan kerana kajian menunjukkan ibu hamil mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk.

Menurutnya, ibu hamil berdepan risiko jangkitan Covid-19 yang teruk sehingga memerlukan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) dan bantuan pernafasan.

“Bagi meningkatkan kadar penerimaan vaksin Covid-19 dalam kalangan ibu hamil, pengenal pastian perlu dilakukan semasa lawatan rutin antenatal. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat