Ada Sebahagian Anggota Masyarakat Kita Tidak ‘Bermazhab’ Politik – Zahid

- Advertisement -

PETALING JAYA – “Saya menyeru kepada pasukan-pasukan siber di sebelah sana berhentilah,” demikian seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar pasukan siber pro-kerajaan berhenti mempertahankan kerajaan masa kini.

Melalui catatan di Facebook rasmi miliknya, beliau mempersoalkan tindakan mereka yang tidak mempunyai empati terhadap kesengsaraan yang dialami rakyat.

“Apakah anda tidak rasa bersalah mempertahankan sebuah kegagalan berterusan? Adakah anda langsung tiada “empathy” terhadap rakyat yang sedang dihimpit kesengsaraan?

“Apakah anda tidak berasa bimbang negara seakan-akan di landasan yang tersasar? “, soal Zahid.

Beliau turut meminta agar pihak-pihak terbabit menyelami denyut nadi rakyat, mendengar rintihan dan keluhan serta penderitaan yang dialami oleh rakyat.

Selain itu beliau berkata jangan lupa bahawa sebahagian anggota masyarakat kita tidak ‘bermazhab’ politik.

“Tetapi saya percaya dalam sanubari anda tahu keadaan rakyat. Keadaan negara ketika ini. Rakyat adalah saudara mara, rakan-rakan, jiran tetangga anda. Malaysia tanah air anda. Selamilah denyut nadi rakyat, rintihan, keluhan, penderitaan dan kerisauan mereka,”

“Dalam keadaan sekarang rakyat adalah keutamaan. Negara masa depan bersama. Jangan lupa ada sebahagian anggota masyarakat kita tidak ‘bermazhab’ politik,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat