Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI bawa golongan muda kenali sejarah negara – PM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI yang diperkenal hari ini memberi peluang kepada golongan muda mengenali sejarah negara sekali gus menghargai jasa pemimpin dan pejuang terdahulu.

Beliau berkata modul itu adalah berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan ia diperkemas mengikut peredaran masa khususnya dalam aspek pendigitalan.

“Kita dalam modul ini harus tegak kenal sejarah negara kita bahawa negara merdeka dan berdaulat kerana sumbangan semua pihak.

“Melayu sebagai tunjangnya dengan semangat kebangsaan dan kemerdekaan dan penyertaan semua kaum… Cina, India, Dayak, Iban, Melanau dan semua suku,” katanya ketika berucap meluncurkan modul itu di sini hari ini.

Anwar berkata anak muda juga perlu menyusuri sumbangan pemimpin lama kerana kekuatan yang mereka ada sebelum ini boleh digunakan untuk mengangkat lagi martabat negara. – Bernama

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat