Dr Mahathir sedih kehilangan Ismail Manaf, pembantu ikhlas dan setia sejak era 70-an

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini akui berasa sangat sedih atas pemergian kawan baik dan pembantu setia, Ismail Manaf.

Dr Mahathir memaklumkan Allahyarham Ismail mula berkhidmat sejak tahun 70-an sehinggalah semalam (Selasa).

“Hari ini saya berasa sangat sedih. Saya kehilangan seorang kawan baik, pembantu dan penyokong kuat saya yang meninggal dunia pagi tadi.

“(Haji) Ismail Manaf telah setia bekerja dengan saya sejak saya jadi Timbalan Perdana Menteri lagi pada tahun 70-an.

“Ismail seorang yang luar biasa kesetiaannya, tidak pernah tidak datang kerja, tidak pernah cuai. Sehingga semalam pun Ismail masih lagi datang bekerja,” kongsi bekas Perdana Menteri itu di media sosialnya pada Rabu.

Menurut Dr Mahathir lagi, apabila beliau datang ke pejabat, tak pernah Ismail tiada di pejabat, beliau setia tunggu untuk buat kerja-kerja yang diperlukan.

“Beliau seorang yang berkhidmat bukan semata-mata untuk mendapat upah tetapi kerana percaya apa yang dia sedang lakukan adalah sesuatu yang baik.

“Semalam Ismail tidak sihat dan sepatutnya bercuti hari ini.

“Sebelum pulang kami sempat bersalaman. Saya tidak sangka itulah kali terakhir kami berjumpa. Itulah ketentuan Allah SWT, setiap yang hidup pasti akan mati.

“Hari ini Ismail tak tunggu saya lagi. Saya kehilangan seorang pembantu yang ikhlas. Saya amat terasa kehilangan Ismail,” luahnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat