Ringgit mengukuh berbanding dolar AS dan mata wang lain

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sekali lagi mencecah paras RM4.70 berbanding dolar AS apabila data ekonomi AS menunjukkan bahawa kadar faedah akan diturunkan.

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6970/6985 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7005/7030 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata penurunan dalam penawaran pekerjaan AS pada April menunjukkan bahawa permintaan untuk buruh semakin reda, mencerminkan pertumbuhan gaji mungkin tidak terlalu kukuh pada masa depan dan membuka jalan untuk penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS.

“Indeks Dolar AS kekal di bawah 105 mata walaupun arah aliran meningkat. Walaupun ramai menjangkakan penurunan kadar faedah, ia masih tidak pasti mengenai langkah Fed mengenai pendiriannya dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) minggu depan.

“Tetapi buat masa ini, data dilihat menyokong teori mengenai pengurangan kadar faedah,” katanya.

Pada penutup urus niaga, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan melonjak berbanding euro kepada 5.1070/1087 daripada 5.1099/1126 ketika ditutup semalam dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.0099/0111 daripada 3.0293/0311 semalam.

Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding pound Britain kepada 6.004/0023 daripada 5.9988/6.0020 sebelumnya.

Sementara itu, ringgit mengukuh berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.

Ia menokok berbanding baht Thailand kepada 12.7994/8091 daripada 12.8443/8568 ketika ditutup semalam, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4857/4871 daripada 3.4868/4889 sebelumnya, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 288.3/288.6 daripada 289.7/290.0, dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.99/7.99 daripada 8.00/8.01. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat