Anak Hamzah didakwa sekali lagi terima rasuah RM100,000, mengaku tak bersalah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Anak Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas satu pertuduhan menerima rasuah bernilai RM100,000.

Muhammad Faisal Hamzah mengaku tidak bersalah menerima wang daripada Izmir Abd Hamid yang didakwa sebagai bayaran untuk Heitech Padu Bhd (Heitech Padu) melantik Syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd dan Syarikat Per My Solutions sebagai perunding pemasaran.

Kesalahan yang didakwa itu dikaitkan dengan Heitech Padu yang dikatakan diberi tender RM33 juta oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk pembekalan, penyewaan, pelaksanaan, latihan, sokongan dan penyelenggaraan infrastruktur keselamatan.

Lelaki berusia 40 tahun itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah pejabat di Publika Shopping Gallery yang berada di Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur pada Mac 2018.

Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun, denda lima kali ganda nilai rasuah, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Mahkamah kemudian membenarkan Faisal dibebaskan dengan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga memerintahkan dia menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sementara menunggu kes diselesaikan.

Hakim Rozina Ayub kemudian menetapkan 5 Julai untuk sebutan semula kes tersebut, memetik laporan Malaysiakini.

Mahadi Abdul Jumaat bertindak sebagai timbalan pendakwa raya manakala Ravinder Singh Dhalliwal bertindak sebagai peguam bela Faisal.

Pada April tahun lepas di hadapan Mahkamah Sesyen Seremban, Faisal mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan berhubung minyak masak bersubsidi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat