Polis Bimbang Peningkatan Jenayah Seksual Di Kelantan

- Advertisement -

PETALING JAYA – Polis Kelantan menyatakan kebimbangan berhubung trend peningkatan jenayah seksual di negeri itu mengambil kira banyak menerima laporan berkait kes berkenaan, kata Pemangku Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun.

Katanya, perlakukan jenayah itu membabitkan gangguan seksual, rogol, cabul dan sumbang mahram.

“Sepanjang tahun 2021 sebanyak 228 kes membabitkan jenayah seksual termasuklah seks luar tabii telah dilaporkan.

“Bagaimanapun sejak Jan hingga Mei tahun ini sebanyak 76 kes jenayah seksual telah dilaporkan berbanding 84 kes untuk tempoh yang sama tahun lalu,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Semalam, Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah, berkata sikap suka mensensasikan kes rogol dan sumbang mahram khususnya membabitkan Kelantan menjadi punca negeri itu menjadi “sohor”.

Katanya, selain sikap warganet itu, laporan dibuat media juga dikatakan menambah kehangatan berhubung isu berkenaan.

Zaki ketika mengulas lanjut, berkata polis akan terus berusaha memberikan kesedaran kepada masyarakat berkait dengan jenayah seksual khususnya dalam kalangan pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT).

Beliau berkata, golongan ibu bapa juga disaran memainkan peranan dalam mengelakkan jenayah ini berlaku kepada anak-anak mereka.

Katanya, pada masa sama individu yang menjadi mangsa kepada jenayah ini perlu terus diberikan bimbingan untuk mereka kembali bangkit daripada kejadian itu.

“Pendedahan yang dibuat ini bertujuan untuk mendidik supaya masyarakat faham betapa bahaya kesan jenayah ini kepada anak-anak.

“Kita harap ibu bapa dapat mengambil iktibar dalam usaha mencegah perkara ini daripada terus berlaku,” katanya. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat