Gara-Gara Terlewat Hidangkan Makanan, Isteri Dibunuh Suami Dengan Cangkul

- Advertisement -

UTTAR PRADESH: Seorang lelaki ditahan polis pada Jumaat di Uttar Pradesh, India kerana dipercayai terlibat dalam pembunuhan isterinya.

Dalam kejadian pada Isnin, lelaki berkenaan dikatakan berang selepas isterinya terlewat menghidangkan makanan selepas pulang daripada kerja di daerah Shamli.

Menurut laporan The Hindustan Times, Murli Singh menetak isterinya Sudesh menggunakan cangkul selepas satu pertengkaran.

Dia kemudian menyerang anaknya Ajay yang berusia 20 tahun, dengan cangkul sama selepas anaknya itu cuba menyelamatkan ibunya.

Kekecohan tersebut disedari jiran mereka yang kemudian memanggil ambulans bagi membawa mangsa ke hospital.

Sudesh disahkan meninggal dunia manakala Ajay dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Murli melarikan diri sejurus selepas kejadian namun berjaya ditahan polis ketika menyorok dalam kawasan hutan berdekatan.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat