Redzuan Bidas Malaysiakini, Tidak Letak Jawatan

- Advertisement -

KAJANG – “Saya tidak akan letak jawatan.”

Demikian tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tegas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof seterusnya menolak spekulasi bahawa beliau akan meletakkan jawatan menterinya.

Dalam sidang media di kediamannya hari ini, beliau memberi jaminan bahawa tidak akan melepaskan jawatannya dalam Kabinet ketika ini.

Redzuan turut menegaskan, beliau akan terus bekerjasama di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membangun negara yang berdepan suasana mencabar selepas pasca wabak Covid-19.

“Banyak spekulasi dan cercaan kepada beberapa pemimpin akan meletak jawatan.

“Mengenai kemelut yang melanda Bersatu, tidak perlu saya ulas kerana telah diperjelaskan oleh Setiausaha Agung parti hari ini.

“Apa yang saya ingin tegaskan, keyakinan Bersatu tidak lari daripada landasan asal di mana saya sama membantu mengasaskan parti dan kepada ahli baharu dan lama, marilah kita bersatu,” katanya.

Sidang media itu diadakan bagi menjawab spekulasi seorang menteri Kabinet akan meletak jawatan petang ini yang tular dilaporkan oleh media pro Pakatan Harapan sejak pagi tadi.

Mengulas lanjut, Mohd. Redzuan berharap penjelasannya akan menamatkan spekulasi beliau akan meletak jawatan pada masa akan datang.

“Hari-hari orang tanya saya (letak jawatan) dan saya harap lepas ini tiada lagi spekulasi Pak Wan letak jawatan.

“Mungkin nama saya sering disebut kerana saya bukan ahli politik sebelum ini,” katanya.

Mohd. Redzuan turut mengakui pertemuan dengan bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini adalah sebagai peribadi.

Jelasnya, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab ke atas kesatuan parti, beliau mahu mendengar sendiri daripada lensa Mahathir dan bukannya daripada cakap-cakap orang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat