Pengeluaran KWSP: Apa penyelesaian kerajaan soal Nik Nazmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mempersoalkan penyelesaian langkah yang bakal diambil kerajaans setelah membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan mereka.

Katanya, ianya kerana isu kos sara hidup terus meningkat dan kebanyakkan pengeluaran yang dilakukan sudah habis digunbakan untuk menyambut hari raya.

“Ada yang mampu berdepan hari raya kerana buat keluaran KWSP.

“Tapi sekarang pengeluaran dah habis guna beraya.

“Isu kos sara hidup terus meningkat.

“Apa penyelesaian kerajaan selain rakyat guna duit rakyat sendiri?” tulis beliau menerusi Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, Permintaan rakyat akhirnya direalisasikan kerajaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengumumkan pengeluaran khas RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri dalam sidang media khas pada 16 Mac lepas.

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP. Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000. Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP,” kata Ismail Sabri.

Menurut beliau, kerajaan memahami rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 termasuklah yang hilang pendapatan dan ada pula yang sedang membina semula kehidupan.

Ia keputusan yang sukar kerana melibatkan simpanan hari tua, jelasnya lagi. -SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat