Video: Padah Prank Sahur Sampah, 3 Masuk Penjara

- Advertisement -

BANDUNG – Akibat membuat prank (video gurauan) kononnya memberi bantuan makanan sahur yang sebenarnya berisi sampah, 3 orang pemuda ditahan dan dipenjarakan setelah polis menerima laporan dari mangsa yang terkena, lapor stesen TV mediaOne.

Dalam video yang disebarkan melalui saluran Youtube itu, kelihatan 2 orang pemuda (seorang lagi sedang merakam) mengisi kotak kotak makanan dengan sampah dan meletakkannya dibelakang sebuah kereta.

Mereka kemudian mengelilingi kawasan sekitar untuk mencari mangsa kononnya ingin memberi bantuan makanan sahur dan beredar sambil ketawa bila mangsa terkejut kerana bekas makanan itu berisi sampah.

Ibu tiri kepada salah seorang tertuduh tampil di TV meminta maaf bagi pihak anak tirinya. Perlakuan itu memang tidak boleh diterima tapi berharap semua mangsa boleh memaafkan anak tirinya itu.

Makanan adalah isu yang sangat sensitif di Indonesia berikutan wabak Covid-19 di negara itu yang menyebabkan ramai menganggur serta hidup susah. Keadaan bertambah buruk bila kerajaan pun tidak membantu.

Apatah lagi dalam perkara ini, kotak sepatutnya diletakkan makanan itu, diisi dengan sampah. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat