Tiada rekod sebagai banduan untuk pesalah PKP

- Advertisement -

KAJANG: Individu yang dikenakan tindakan mahkamah dan menjalani hukuman di penjara kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak direkodkan sebagai banduan.

Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar, berkata ada antara mereka yang dikenakan hukuman penjara itu ialah remaja dan jika direkodkan sebagai banduan, ia boleh menjejaskan masa depan remaja berkenaan.

“Apabila ada rekod (banduan) nanti, mereka (remaja) susah nak cari kerja. Itu yang kami ambil kira. Jadi, tiada rekod banduan untuk mereka,” katanya kepada pemberita selepas program Ziarah Sahabat Penjara di Penjara Kajang, di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan nama pesalah PKP tidak dimasukkan dalam sistem rekod jenayah Polis Diraja Malaysia.

Abdul Hamid berkata, meskipun nama tidak direkodkan, ia bukanlah ‘tiket’ untuk orang ramai ingkar PKP yang dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Sementara itu, Zulkifli berkata 11 penjara sementara di seluruh negara digunakan sebagai pusat tahanan baharu dengan lebih 300 individu berada di Penjara Kajang dan Penjara Sementara Maktab Penjara Malaysia. – BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat