Tabung Bantuan Mangsa DAP : Dosa Besar Kecam Orang Nak Bantu Mangsa Bencana

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Tindakan Demokratik (DAP) menubuhkan tabung khas bagi mengumpul sumbangan kepada mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights, Selangor, atas permintaan orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, penubuhan tabung berkenaan bertujuan memudahkan proses pengumpulan dan penyaluran sumbangan kepada mangsa terjejas.

“Ramai penyokong dan orang awam bertanya bagaimana mahu membantu mangsa. Jadi, kita tubuhkan tabung ini bagi memudahkan mereka menyalurkan sumbangan,” katanya.

Loke turut menempelak pihak yang mengecam usaha berkenaan di media sosial, menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak berakal.

“Ini bencana, orang nak bantu pun kena kecam. Lebih baik fikir bagaimana nak bantu mangsa, bukan mencetuskan polemik,” katanya lagi.

“Bagi orang yang kecam itu, saya nak beritahu mereka dosa besar kalau kecam orang nak bantu mangsa bencana ini. Dosa besar, lebih baik mereka simpan tenaga, fikir cara nak bantu orang, kalau tak nak bantu diam sahaja,” katanya

Menurut Loke yang juga Menteri Pengangkutan, selain syarikat besar yang terus menyumbang secara langsung, terdapat ramai individu perseorangan yang ingin membantu dalam jumlah kecil, justeru tabung tersebut diwujudkan sebagai saluran rasmi.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat