Salah guna kuasa, NUBE minta Steven Sim, MCBA betanggungjawab

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) mengutuk keputusan yang dibuat oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dengan kerjasama Persatuan Bank Komersial Malaysia (MCBA) yang membayar kakitangan perkeranian hanya setengah bulan gaji.

Setiausaha Agung NUBE, J Solomon berkata, ini merupakan Bantuan Perayaan, yang sebelum ini diberikan bayaran sebulan gaji seperti yang dilakukan pada tahun 2023.

Menurutnya hal ini meletakkan kedudukan kakitangan kerani dalam keadaan yang merugikan berbanding kedudukan mereka pada tahun 2023.

“Manakala pekerja bukan kerani yang hanya meliputi kurang daripada 10% daripada 15,000 ahli NUBE telah menerima gaji sebulan.

“Steven Sim dan MCBA telah mengkhianati kepercayaan pekerja bank berhubung dengan pembayaran Bantuan Perayaan tahunan, yang jelas telah ditetapkan dalam Memorandum Perjanjian April 2023 (FA-MoA) dan mewajiban pembayaran gaji sebulan penuh kepada setiap pekerja untuk sambutan perayaan mereka (Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, atau seumpamanya) yang sepatutnya dibayar sebulan sebelumnya,” jelas kenyataan tersebut.

Jelasnya Steven Sim dan MCBA terlibat dalam perbincangan satu pihak yang mengecualikan NUBE dan menetapkan bayaran bantuan perayaan sekali bayaran sahaja secara “ex gratia” dibayar kepada pekerja.

“Dengan jumlah yang lebih rendah daripada jumlah yang dipersetujui – menyebabkan lebih 90% ahli NUBE menerima hanya sebahagian kecil daripada yang sepatutnya Steven Sim secara tidak beretika dan secara sulit bersekongkol dengan MCBA dan mengenepikan NUBE yang jelas menyalahgunakan kuasa menteri.

“Hal ini merupakan langkah tidak jujur yang bertentangan dengan penyelesaian pertikaian rasmi dan menimbulkan kebimbangan bear tentang integriti berkenaan perundingan setakat ini,” katanya.

NUBE menyeru Steven Sim dan MCBA untuk membetulkan semula tindakan mereka dengan memastikan MCBA membayar bantuan perayaan sebulan penuh kepada pekerja kerani.

Selain itu menunjukkan komitmen untuk menyelesaikan isu FA secara menyeluruh dengan memasukkan FA-MoA ke dalam Perianjian Kolektif ke-19 dan mengiktirainya sebagai bayaran tahunan, supaya situasi ini tidak berulang lagi.

“MOBA mesti menjamin bahawa pembayaran ini adalah bantuan perayaan dan sebagai tanda pengiktirafan terhadap kepayahan yang dihadapi oleh pekerja, dengan menyerap cukai pendapatan terhadap FA tersebut.

“Kesatuan juga menyeru Steven Sim untuk bertanggungjawab atas menghilangkan kepercayaan ini, memperbaiki apa yang telah dilakukan olehnya dalam memburukkan situasi pertikaian, dan memastikan pekerja bank dibayar secara adil seperti yang dipersetujui dalam FA-MoA,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat