Mana suara Presiden Umno, Pemuda PAS solidariti dengan Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden mempersoalkan di mana suara dan peranan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas Ketua Pemuda Umno ditahan polis Sabah.

Afnan bertegas bahawa Pemuda PAS bersolidariti dengan Dr Akmal Saleh dalam hal ini.

“Kecewa dengan penahanan sahabat saya, Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh di bawah Akta Hasutan, hanya kerana kelantangan beliau dalam isu stoking tertera kalimah Allah.

“Anehnya, kenapa individu lain daripada parti blok kerajaan yang sebelum ini menghina Islam, tidak disiasat dan ditahan bawah Akta yang sama?

“Mana suara Presiden Umno? Pemuda PAS bersolidariti bersama Dr Akmal,” katanya.

Justeru, Ahli Parlimen Alor Setar itu dan menuntut tindakan yang sama adil terhadap semua pihak yang menyentuh isu 3R dan menggugat keharmonian negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat