Tangkap Dr Akmal: Keterlaluan, kempen boikot bukan jenayah – Wan Ahmad Fayhsal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Armada Bersatu menganggap tangkapan polis terhadap Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh sebagau tindakan keterlaluan dan mempersoalkan keperluan untuk polis berbuat demikian.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal malah mempertikai adakah gerakan kempen Dr Akmal memboikot KK Mart dianggap sebagai jenayah?

“Armada Bersatu memandang serius berhubung tangkapan pihak polis yang dibuat ke atas Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Salleh. Apakah keperluan membuat tangkapan terhadap Dr Akmal di Sabah sedangkan beliau sudah pun dijadualkan untuk memberi keterangan di IPD Dang Wangi, esok?

“Tangkapan terhadap Dr Akmal adalah keterlaluan dan boleh menimbulkan perasaan kurang senang oleh sesetengah pihak tatkala kes-kes berkaitan agama seperti salah seorang Ahli Parlimen kerajaan yang didakwa menggunakan ayat suci al-Quran tidak pula ditangkap?

“Juga kes yang melibatkan pimpinan parti kerajaan yang terus menerus mengeluarkan kenyataan kontroversi berkaitan agama dan kaum namun begitu tiada tangkapan dibuat, hanya sekadar siasatan sahaja,” tempelak Ahli Parlimen Machang itu pada Jumaat.

Wan Ahmad Fayhsal bertanya, apakah pendirian penentang Akta Hasutan khususnya parti DAP dalam isu ini yang mana Dr Akmal kini telah disiasat di bawah akta tersebut?

“Mana mungkin panggilan untuk memboikot boleh dianggap telah melakukan suatu jenayah?

“Armada Bersatu menzahirkan rasa simpati dan bersolidariti ke atas Dr Akmal akibat penahanan beliau ini,” ujarnya.

Justeru beliau menggesa, sudah tiba masanya keseluruhan akar umbi Pemuda Umno mempertimbangkan kedudukan mereka di dalam gabungan Pemuda dalam Kerajaan Perpaduan sekiranya tiada keikhlasan dari rakan-rakan komponen yang lain untuk mempertahankan asas-asas perjuangan agama, bangsa dan tanah air seperti yang sepatutnya lebih-lebih lagi dalam hal melibatkan kesucian kalimah Allah dan ketinggian Islam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat