Akmal akan dibebaskan selepas selesai beri keterangan, peguam Umno akan bantu – Asyraf Wajdi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh akan dibebaskan polis Sabah selepas selesai memberi segala keterangan.

Menurut Asyraf, Umno telah meminta Peguam dan Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun untuk membantu Dr Akmal.

“Saya telah menghubungi adinda saya Ketua Pergerakan Umno, Dr Akmal Saleh yang kini sedang ditahan pagi tadi untuk proses mengambil keterangan di IPD Kota Kinabalu.

“Alhamdulillah beliau berada dalam keadaan baik dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis yang menjalankan tugas.

“Menurut Dr Akmal beliau sepatutnya dijadualkan dipanggil memberikan keterangan di Kuala Lumpur esok, namun ditahan setibanya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

“Setakat perbualan telefon dengan beliau sebentar tadi, dimaklumkan insya-Allah beliau akan dibebaskan selepas segala keterangan selesai diambil oleh pihak polis,” kata Asyraf.

Dr Akmal ditahan pada jam 10.30 pagi setibanya di Kota Kinabalu untuk menghadiri Kembara Ramadan bersama Pemuda Umno Sabah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat