Teguh di belakang Akmal, kerajaan digesa fikir kerisauan majoriti Islam- Pemuda Pokok Sena

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ketua Pemuda Umno Bahagian Pokok Sena, Mohd Farhan Ahmad ikrar teguh di belakang ‘bossnya’ Dr Akamal Saleh.

Tegas Farhan, perjuangan Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal berlandaskan Perlembagaan Umno yang meletakkan perjuangan Islam, Melayu dan negara sebagai asas perjuangan.

“Pemuda Umno Pokok Sena berdiri teguh belakang Dr Akmal Bin Saleh dan Pemuda Umno Malaysia.

“Saya mengesa semua ahli Pemuda Umno di 191 Bahagian berdiri teguh di belakang Dr Akmal.

“Semestinya kita menghormati proses undang-undang namun gesaan ini harus juga diterima pakai kepada golongan yang mahu Dr Akmal ditangkap atau yang mengkritik atau menuduh Dr Akmal.

“Perjuangan Dr Akmal berlandaskan Perlembagaan Umno yang meletakkan perjuangan Islam,Melayu dan negara sebagai asas perjuangan,” kata Farhan dalam kenyataan pada Jumaat.

Justeru beliau meminta Siti Kasim,Nik Nazmi dan Ketua Penerangan AMK menelaah atau baca Perlembagaan Umno sebelum mengkritik pendirian Dr Akmal.

“Apapun Alhamdulillah sampai sekarang tidak satu pun ahli Pemuda Umno melakukan perkara yang salah dari segi undang-undang.

“Masyarakat boleh menilai dan melihat kepimpinan Pemuda Umno di setiap Bahagian banyak melakukan aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan pada bulan Ramadan.

“Tidak ada satu pun terlibat dengan kejadian perkauman atau jenayah terhadap KK Mart.

“Saya mohon kerajaan tidak hanya memikirkan kerisauan golongan bukan Islam atau bukan Melayu namun harus juga memikirkan kerisauan majoriti Islam di Malaysia,” gesa Farhan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat