Kawalan, Pencegahan Covid-19 Perlu Dipertingkat Jika Nilai Rt Melebihi 1.2 – Dr Adham Baba

PUTRAJAYA – Kaedah pencegahan dan pengawalan wabak COVID-19 di negara ini perlu dipertingkatkan sekiranya kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) melebihi 1.2, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau bimbang dengan trend ditunjukkan kebelakangan ini yang merekodkan bilangan kes melebihi 1,000 sehari dengan kadar Rt 1.0, berbanding unjuran Rt pada kadar 0.8, yang bermaksud kes COVID-19 dalam negara dapat dikawal dengan baik.

“Kebimbangan kita adalah Rt akan pergi kepada 1.2, dan kaedah pengawalan selain daripada vaksinasi perlu dipertingkatkan. Saya seru orang ramai patuhi SOP (prosedur operasi standard) sedia ada,” katanya dalam sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di sini hari ini bersama Menteri Penyelaras program itu Khairy Jamaluddin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan 1,349 kes baharu COVID-19 direkodkan semalam dan kadar Rt di negara ini adalah 1.01.

Ditanya adakah Malaysia akan mengalami gelombang keempat COVID-19, Dr Adham berkata ia bergantung kepada pembukaan sempadan negara.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesan sembilan kes positif COVID-19 di Malaysia adalah jangkitan varian Afrika Selatan B.1.351, namun ia masih terkawal dan semua pesakit terbabit telah diberi rawatan dan dikuarantin.

“Setakat ini, kes import harian di dalam negara terus dipantau dan akan terus dibuat pengasingan seterusnya mengenal pasti kontak rapat mereka,” katanya.

Mengenai kesiapsiagaan hospital bagi membendung COVID-19, Dr Adham berkata KKM mempunyai 63 hospital yang dikhususkan untuk rawatan pesakit COVID-19 iaitu tujuh hospital merupakan ‘hospital full COVID’ manakala 56 yang lain adalah hospital hibrid.

Tujuh hospital itu ialah Hospital Sungai Buloh; Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom di Kluang, Johor; Hospital Tampin; Hospital Kepala Batas; Hospital Hulu Terengganu; Hospital Tumpat dan Hospital Kuala Krai (lama).

Dr Adham berkata katil khusus untuk rawatan COVID-19 adalah sebanyak 6,775, dan kadar penggunaannya kira-kira 37 peratus.

Dalam pada itu, beliau berkata KKM sedang memperhalusi data daripada Unit kawalan penyakit berjangkit (CDC) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung cadangan membenarkan individu yang lengkap proses vaksinasi merentas negeri.

“Setakat ini, kita belum terima ‘concrete evidence’ untuk benarkan orang yang telah menerima dua dos untuk rentas negeri… cadangan ini akan dibawa ke mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara,” katanya. – Bernama

Topik Hangat

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Pergi Jahanam Dengan Arahan Ahmad Maslan – Nazri Aziz

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan beliau dilarang membuat kenyataan tentang UMNO. Bercakap kepada sebuah portal, Nazri berkata larangan...

Berita Berkaitan

Dr M dan Pejuang boleh sertai PN tapi tak boleh letak syarat – Hamzah

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata Perikatan Nasional (PN) sedia menerima pengikut baharu ke dalam gabungan itu sekiranya bekas...

Adham kecewa kes harian Covid-19 tak turun kepada 500

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba tidak dapat menyembunyikan kekecewaan apabila mengakui unjuran penurunan kes positif Covid-19 pada Mei ini...

Tiada Cadangan Laksana PKP Secara Menyeluruh – Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan satu lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, PKP...