1,070 Kes Baru Covid-19, Tujuh Kematian Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,070 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 352,029 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatat angka tertinggi dengan 327 kes jangkitan.

Ini diikuti oleh Sarawak dengan 225 kes dan Pulau Pinang sebanyak 133 kes,” kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan media harian pada Isnin.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan, sebanyak 1,294 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 336,456 kes, manakala keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 14,278.

Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan tujuh kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,295.

Katanya, seramai 180 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 89 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Selain itu, katanya terdapat enam kluster baharu yang telah dikenal pasti hari ini yang melibatkan kluster tempat kerja dan komuniti.

Enam kluster itu termasuk lima kluster tempat kerja yang dinamakan Kluster Lorong Dua, Taman Komersial, Jalan Inovasi, Mata Kuching dan Persiaran Utama. Sementara kluster komuniti adalah Kluster Bukit Sera. – Awani

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Apa Nasib Kami Ramadan Ini, Tiba-Tiba Diarah Pindah – Peniaga

REMBAU - "Saya dan rakan lain berniaga di sini sejak 32 tahun lalu, tiba-tiba kami diarah berpindah. Sukar untuk kami meneruskan hidup," kata peniaga...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Pengarah, Pengurus Syarikat Bekal Makanan Sejuk Beku Didakwa Di Mahkamah

JOHOR BAHRU – Syarikat pembekal makanan sejuk beku, LY Frozen Food Sdn. Bhd. bersama pengarah serta pengurusnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di...

Tempoh Pegangan Pajakan SMK Convent Bukit Nanas Dilanjutkan 60 Tahun – PMO

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju supaya tempoh pegangan pajakan tapak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas di sini, yang akan tamat pada...

Darurat Bolehkan Kerajaan Urus Covid-19 Dengan Baik – Hamzah

PUTRAJAYA - Perisytiharan darurat telah membolehkan pengurusan COVID-19 di Malaysia dijalankan dengan baik antaranya menerusi pindaan beberapa akta khusus bagi membendung penularannya, katanya Menteri...