BN mesyuarat malam ini, MIC belum sah kehadiran: laporan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) dijangka akan bermesyuarat malam ini susulan keraguan berhubung gabungan parti menjelang pilihan raya kelak.

Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini, MIC itu memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Memetik Malaysiakini, bagaimanapun, MIC secara jelas menyatakan sokongan mereka kepada Bersatu.

Pendirian dua parti gabungan BN lain, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) pula masih tidak jelas.

Sumber MCA mengesahkan bahawa pemimpin partinya akan hadir mesyuarat malam ini yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Bangunan UMNO di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran ketika dihubungi berkata, dia tidak tahu-menahu berhubung mesyuarat tersebut.

“Saya tidak tahu, saya tidak sihat. Biar saya bercakap dengan mereka dulu,” katanya setelah ditanya berhubung kehadiran MIC.

“Biar saya cakap dengan MCA dulu, kerana ada perubahan (pada agenda). Saya akan bercakap dengan Pengerusi BN dahulu,” katanya lagi.

BN, yang dipimpin UMNO sejak 1974, telah menyertai Bersatu – yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin- PAS dan Gabungan Parti Sarawak untuk membentuk kerajaan persekutuan pada 1 Mac 2020.

Bagaimanapun, timbul ketegangan hubungan di antara UMNO dan Bersatu.

Sebahagian UMNO yang dipimpin Zahid mahu memutuskan hubungan dengan Bersatu, manakala pemimpin parti itu yang lain – majoriti memegang jawatan kabinet dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) – dilihat mahu kekal bersama Bersatu dalam PN.

PAU baru-baru ini juga bersetuju memberikan mandat kepada Zahid untuk menentukan bilakah tarikh yang tepat untuk menarik diri daripada kerajaan PN sekiranya Muhyiddin tidak memberi waktu jelas akan pelaksanaan PRU.

MIC juga telah menyatakan secara jelas ketika perhimpunan agung parti itu pada 3 April, bahawa pihaknya akan kekal menyokong Muhyiddin dan gabungan PN.

Bagaimanapun, parti itu kekal setia dengan BN dan gabungan itu juga akan memutuskan sama ada untuk mengikuti jejak UMNO untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu.

Sementara itu, tiada pendirian jelas dari MCA ketika perhimpunan agung parti itu pada 7 Mac lalu berhubung isu sama.

Namun, terdapat resolusi bahawa parti itu akan bersama BN ketika PRU akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat