Perdana Menteri Bertemu Sultan Brunei, Tandatangan MOU

- Advertisement -

BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai mengadakan Rundingan Pemimpin Tahunan Malaysia Brunei ke 23 bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan pada Isnin.

Beliau dan isteri Puan Seri Noorainee Abdul Rahman serta delegasi tiba di Istana Nurul Iman pada pukul 10.55 pagi.

Muhyiddin kemudian menghadap Sultan Hassanal Bolkiah sebelum meneruskan sesi Rundingan Pemimpin Tahunan Malaysia-Brunei pada pukul 11.10 pagi selama hampir satu jam.

Kedua-dua pemimpin kemudian menyaksikan majlis menandatangi Perjanjian Persefahaman (MoU) bagi Kerjasama dalam Pengurusan Bencana yang disempurnakan oleh Menteri Luar Negeri kedua-dua negara.

Kerjasama itu akan mengukuhkan kerjasama pengurusan bencana dua negara termasuk dari segi latihan, pelaksanaan latihan bersama, operasi dan pertukaran kepakaran dan maklumat yang berkaitan pencegahan bencana dan pengurangan risiko.

Manakala MoU kedua pula melibatkan Petronas dan Brunei National Unitisation Secretariat (BNUS) bagi formalasi Perjanjian Penyatuan (UA) sekali gus menjadi perjanjian penting dan menandakan kerjasama yang kuat antara kedua-dua belah pihak.

UA dijangka memberikan momentum positif kepada kerjasama minyak dan gas antara kedua-dua negara.

Pertemuan kedua-dua pemimpin kemudian diteruskan dengan Majlis Persantapan Rasmi di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman.

Sesi Santapan turut menyaksikan titah Sultan Hassanal berkaitan hubungan dua hala sebelum Muhyiddin berucap bagi menyatakan penghargaan atas kerjasama dua hala.
Muhyiddin pada ucapan menyatakan penghargaan atas sumbangan yang dihulurkan Brunei ketika Malaysia berdepan penularan pandemik COVID-19.

“Patik menjunjung kasih atas keprihatinan Kebawah Duli Tuanku dengan sumbangan sebanyak 1,000 unit kit ujian COVID-19 kepada Malaysia yang telah diterima melalui Suruhanjaya Tinggi Brunei Darussalam di Malaysia.

“Sumbangan tersebut telah memberi manfaat kepada penggunaan Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia dan seterusnya kepada rakyat Malaysia.

“Patik juga mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan rasa syukur di atas perkenan dan kemurahan hati Kebawah Duli Tuanku dalam melibatkan rakyat Malaysia sebagai penerima vaksin secara percuma di Negara ini.

“Khabar gembira ini sudah pastinya membawa makna besar kepada rakyat Malaysia yang sedang bermaustatin di Negara Brunei Darussalam,” katanya dalam ucapan.

-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat