COVID-19: Fokus & Percayalah Kita Akan Menang

Pemimpin PKR Gesa UMNO Kerjasama Dengan PH

KUALA LUMPUR – Penjajaran politik baharu yang melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO wajar dibincangkan oleh kedua-dua pihak meskipun terdapat penyokong kedua-dua parti kurang...

Pemandu Pelancong, Teksi dan Bas Terima Bantuan Kewangan RM500

KUALA LUMPUR - Pemandu pelancong, teksi dan bas akan menerima bantuan kewangan sekali beri sebanyak RM500 melibatkan peruntukan tambahan RM66 juta di bawah pakej...

Beberapa Individu Bakal Ditahan Bantu Siasatan Isu Kartel Daging – SPRM

PUTRAJAYA - Beberapa lagi individu bakal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu kartel daging sejuk beku. SPRM dalam kenyataannya berkata, sejak...

MINDEF Terima Sumbangan RM200,000 Bantuan Persekolahan Anak Anggota Tentera

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (Mindef) menerima sumbangan RM180,000 daripada Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) dan RM20,000 Zakat Wakalah daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan...

i-Sinar Kategori 2 Terima Bayaran Interim Sehingga RM1,000 Mulai 26 Januari – KWSP

KUALA LUMPUR - Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon kemudahan i-Sinar bagi Kategori 2 akan menerima pembayaran interim sehingga RM1,000 daripada jumlah...

KUALA TERENGGANU, 5 Apr – Berbanggalah. Bukan sesuatu yang mudah menguruskan satu pandemik yang merosakkan ekosistem sosial dan ekonomi seluruh dunia. Tetapi kita hampir berjaya

1. Kita berjaya melaksanakan 47,723 pengujian setakat 3 April 2020 atau 1,452 ujian bagi setiap sejuta penduduk. Kadar ini lebih baik berbanding Amerika Syarikat yang hanya melaksanakan 409 ujian per juta dan Jepun (312 per juta). Ia juga jauh meninggalkan negara serantau seperti Indonesia (28 per juta) dan Filipina (48 per juta)

2. Kita adalah antara negara yang paling berpotensi mengadakan ujian besar-besaran dengan anggaran 16000 ujian akan dapat dilakukan setiap hari pada bulan ini. Kerjasama KPT dan MOSTI menyediakan 10 makmal diagnostik tambahan pula akan membolehkan tambahn 1400 ujian dilaksanakan sehari kepada seluruh rakyat.

Ya. KKM tidak bekerja seorang diri

3. Kita adalah antara negara terawal mengadakan ‘lockdown’ secara bertahap bagi memastikan moral rakyat boleh menyerap tekanan secara natural. Penggunaan tentera walaupun dikecam dari dalam akhirnya menunjukkan hasil apabila kita menjadi antara negara yang berjaya ‘flatten the curve’ sehingga Singapura pun akhirnya terpaksa melakukan perkara yang sama.

4. Kita adalah antara negara yang berjaya menyediakan ratusan pusat kuarantin termasuk mengubahsuai MAEPS Serdang sebagai pusat rawatan dan kuarantin terbesar negara hanya dalam tempoh 4 hari

5. Kita adalah antara negara yang mempunyai kadar kesembuhan Covid-19 yang tinggi di dunia. Setakat semalam, 24.8% kes positif telah pun pulih dan dibenarkan keluar. Peratusan ini adalah lebih tinggi daripada kadar global (20.8%) serta negara-negara maju seperti Perancis (21.65%), AS (4.43%), Kanada (17.66%), Israel (5.42%) dan Australia (10.7%)

6. Paling utama, kita adalah negara yang fokus dan tidak terganggu dengan politik dalaman. Antara punca New York menjadi negeri pertama di dunia mencatatkan lebih 100 ribu kes positif semalam adalah kerana Gabenornya Andrew Cuomo (Demokrat) tak berhenti-henti berpolitik dengan Trump (Republican).

Apa sahaja kekurangan sama ada isu Doraemon, Isteri Membebel dan akronim MEWA ditamatkan sama ada dengan permohonan maaf atau penarikan semula. Semuanya supaya kita semua boleh fokus kepada krisis yang lebih utama.

Ya. Ini bukan kerajaan yang saya undi. Ini juga bukan kerajaan yang anda undi

Tapi apa yang sedang terjadi, membuktikan mereka adalah kerajaan yang kita perlukan hari ini

#KitaAkanMenang


Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

Sumber – UMNO Online

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Hujan lebat ubah struktur tanah akibatkan paip patah -Ranhill SAJ

JOHOR BAHRU- Kejadian hujan lebat secara berterusan sejak seminggu lalu telah menyebabkan perubahan struktur tanah di kawasan tangki Bukit Kempas 2 dan menyumbang kepada...

Berita Berkaitan

Peruntukan Tambahan Bukti kawal Pandemik Keutamaan Kerajaan – Adham Baba

CYBERJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengalu-alukan peruntukan tambahan kepada usaha mengawal pandemik koronavirus 2019 (Covid-19) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin...

PM UMUM PAKEJ PERLINDUNGAN EKONOMI DAN RAKYAT BERJUMLAH RM15 BILION

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI) berjumlah RM15 bilion, sebentar tadi. Ketika mengumumkan melalui perutusan khas Perdana...

Sudah-sudahlah sembang politik, rakyat tak nak tahu pun- Syed Saddiq

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merayu kepada Tan Sri Annuar Musa supaya berhenti seketika berpolitik pada musim Perintah...