“Anwarlah orang pertama yang perlu dicari oleh SPRM jika betul ada penyelewengan” – Rafizi

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan peranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu pelaburan RM1 bilion yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata Anwar sendiri yang meminta mereka menyusun pertemuan dengan gergasi semikonduktor British, Arm Holdings.

“Yang terbabit mesyuarat dengan CEO (ketua pegawai eksekutif) dan pemilik ARM pun PMX sendiri.

“Yang pengerusikan mesyuarat jemaah menteri berkali-kali bincang dan luluskan perkara ini pun PMX sendiri.

“Yang rasmikan usahasama ini pun PMX sendiri,” kata Rafizi di X.

Justeru, katanya, Anwarlah orang pertama yang perlu dicari oleh SPRM jika betul ada penyelewengan.

Rafizi berkata demikian ketika mengulas tindakan SPRM memohon bantuan awam bagi mengesan bekas pegawainya James Chai semalam.

“Hanya kerana plot politik dalam PKR tak menjadi macam yang PMX nak.

“Semua jentera kerajaan digerakkan kejar seorang budak,” sindir Rafizi memetik Malaysiakini pada Khamis.

Rafizi juga berkata akan memberi respons lanjut berkaitan “kegilaan” mencipta naratif terhadap James Chai “tengah hari sikit”, hari ini.

James Chai sendiri semalam meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan SPRM dan “bosan” dengan penggunaan sumber negara bagi tujuan itu.

SPRM menyiasat dakwaan Rafizi mempercepatkan perjanjian kerajaan bernilai RM1.1 bilion dengan Arm Holdings.

James Chai adalah seorang daripada beberapa bijak pandai yang dilantik Rafizi bagi membantunya di Kementerian Ekonomi.

Lelaki terbabit merupakan graduan Universiti Oxford dalam bidang undang-undang dan teknologi, selain turut dikenali sebagai seorang penulis.

Menurut James Chai, dia ditugaskan oleh Rafizi untuk meneroka peluang kerjasama dengan Arm Holdings kerana pernah bertanggungjawab ke atas Sidang Kemuncak KL20 2024 dan kebanyakan inisiatif berkaitan teknologi kementerian.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat