Fadhlina Sidek Sahkan Pertahan Jawatan Ketua Wanita PKR

- Advertisement -

PETALING JAYA: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita PKR dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Mei depan.

Pengumuman itu dibuat menerusi video di Facebook Wanita PKR, di mana Fadhlina menegaskan keputusannya bertanding semula adalah untuk membantu memperkukuhkan perjuangan parti, khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Usaha itu harus dimulakan sekarang, bermula dengan PRN Sabah. Saya mahu seluruh jentera Wanita fokus kepada pilihan raya,” katanya.

Dalam pemilihan 2022, Fadhlina menang jawatan Ketua Wanita PKR selepas memperoleh 18,923 undi, menewaskan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail, yang meraih 18,891 undi. Namun, sebelum Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengumumkan keputusan rasmi, kiraan awal menunjukkan Rodziah sebagai pemenang, malah Fadhlina turut dilaporkan mengucapkan tahniah kepadanya sebelum keputusan rasmi dikeluarkan.

Semalam, Rodziah menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan bertanding semula jawatan tersebut, sekali gus membuka kemungkinan pertembungan sekali lagi antara kedua-dua pemimpin Wanita PKR itu.

Beliau juga menegaskan bahawa jika bertanding, tujuannya bukan untuk mendapatkan jawatan dalam kerajaan, tetapi mahu memberi nafas baharu kepada sayap Wanita PKR yang didakwa semakin lesu.

Pemilihan PKR peringkat bahagian dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 20 April, manakala pemilihan kepimpinan pusat akan diadakan pada 24 Mei.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat