Malaysia-Thailand diskusi Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand (MTJDA)

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin berbincang berkaitan Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand (MTJDA).

Selain itu, kata Anwar Malaysia mengulangi komitmen sebagai fasilitator dalam membantu menyelesaikan konflik di selatan negara itu.

“Dalam sela-sela lawatan rasmi pertama ke Australia, saya sempat bertemu dengan rakan sejawat saya dari Thailand, Srettha Thavisin.

“Pertemuan santai itu memberi peluang kepada kami untuk bertukar pandangan mengenai kemajuan inisiatif yang dipersetujui bersama yang secara langsung akan menambah nilai kepada usaha merapatkan hubungan dua hala.

“Selain itu, diskusi juga terarah kepada perkembangan terkait Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand (MTJDA) selain Malaysia mengulangi komitmen sebagai fasilitator dalam membantu menyelesaikan konflik di selatan negara itu,” ujar Perdana Menteri.

Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Australia dan mengetuai delegasi Malaysia ke dua program utama iaitu Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat