Konsert ‘Showcase Jiwakacau 2024’ akan diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penganjur konsert, Showcase Jiwakacau 2024 memilih Stadium Hoki Nasional Bukit (SHNBJ) pula menjadi pentas konsert artis tempatan dan Indonesia, Jun ini.

Memetik Harian Metro, Showcase Jiwakacau 2024 itu bakal mengumpulkan beberapa artis ternama sebagai tarikan buat peminat.

Antara artis akan membuat persembahan nanti adalah Bunkface, Hujan, Nidji dan beberapa artis lain.

Namun, situasi itu mungkin sedikit berbeza kerana padang hoki tidak sama seperti padang bola sepak yang menggunakan rumput 100 peratus manakala padang hoki pula menggunakan ‘turf’.

Situasi ini sudah pasti dapat mengelakkan berlaku kerosakan padang yang teruk seperti dialami SNBJ selepas konsert sebelum ini.

Jika konsert itu dilihat berjaya, tidak mustahil selepas ini ia akan diadakan lebih kerap lagi di SHNBJ selain pilihan utama di SNBJ.

Ini adalah penganjuran kali kedua konsert berkenaan selepas kali pertama di Stadium Malawati, Shah Alam, Jun tahun lalu.

SNBJ antara gelanggang rasmi artis luar negara melakukan persembahan kerana boleh menampung begitu ramai peminat.

Namun, berlaku perdebatan hebat apabila persembahan Coldplay 22 November lalu memberi kesan buruk dan kerosakan padang SNBJ.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat