Kerajaan akan kemuka usul gantung Wan Saiful 6 bulan dakwa PM salah guna kuasa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kerajaan akan mengemukakan usul hari ini meminta supaya Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat selama 6 bulan.

Usul yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) hari ini itu akan dibentang Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas selesai sesi soal jawab lisan jam 12 tengah hari ini.

Dalam kandungan usul seperti tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat itu, tindakan sedemikian diambil selepas Wan Saiful mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menyalahgunakan kuasanya.

“Tasek Gelugor mendakwa Perdana Menteri, Ahli Parlimen Tambun sebagai seorang pemimpin yang menyalahgunakan kuasa. Yang Berhormat Tasek Gelugor sudah mengeluarkan sangkaan jahat ke atas Perdana Menteri, Ahli Parlimen Tambun walaupun Yang di-Pertua berulang kali mengarahkan supaya tidak membuat kenyataan sedemikian.

“Yang Berhormat Tasek Gelugor sudah menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong bagi mempengaruhi majlis mesyuarat. Kenyataan dibuat Tasek Gelugor merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

“Maka inilah dipersetujui bahawa Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan, Ahli Parlimen Tasek Gelugor hendaklah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat selama enam bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan,” menurut usul Ahmad Zahid itu, lapor BH pada Selasa.

Ketika perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja minggu lalu, Wan Saiful mendakwa Anwar sudah menyalahgunakan kuasanya.

Kenyataan Wan Saiful itu sudah mencetuskan kekecohan dalam dewan ketika ini, sehingga memaksa pemimpin Bersatu itu menarik balik kenyataannya atas arahan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat