Kerjasama pemain industri Jerman, buka peluang pekerjaan kepada TVET – Zahid

- Advertisement -

BANGI — Jalinan kerjasama pemain industri Jerman dengan Malaysia memberi faedah perkongsian ilmu dan teknologi baru disamping membuka peluang pekerjaan kepada lepasan Majlis Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dengan syarikat mereka.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemain industri Jerman telah menawarkan diri untuk menyumbang pengalaman kepada banyak institusi TVET di Malaysia.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara (MTVET) menambah, pihaknya akan menjemput pemain industri daripada beberapa negara yang mempunyai institusi TVET di Malaysia bagi menyertai majlis TVET.

“Ini untuk mewujudkan keterangkuman supaya mereka bukan saja berkongsi ilmu baru dan teknologi baru dengan kita tetapi dalam waktu yang sama syarikat syarikat mereka yang berada di Malaysia boleh menandatangani perjanjian untuk mengambil bekerja lepasan daripada TVET dgn syarikat syarikat mereka dengan gaji yang saya sebutkan tadi gaji premium dan tentunya ini adalah bukan satu pendekatan yg baru.

“Maka ketika di Berlin saya telah menjemput dari dewan perniagaan German di Malaysia menghantar wakil di dalam majlis TVET negara
Duta Germany akan berbincang dengan mereka dan salah seorang CEO daripada syarikat German itu akan dinamakan untuk duduk dlm majlis TVET negara,” katanya selepas merasmikan Persidangan Majlis Penasihat Industri (IAC) di German Malaysia Institute (GMI) hari ini.

Majlis Persidangan IAC menyediakan platform untuk menjalinkan kerjasama strategik, perkongsian pengetahuan, dan perbincangan untuk membentuk masa depan TVET dan landskap industri di Malaysia.

Majlis hari ini turut menyaksikan acara pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara German Malaysian Institute , Universiti Kuala Lumpur (UniKL), dan GIATMARA dengan rakan industri sebagai tanda komitmen mereka kepada usaha-usaha kolaboratif dalam memajukan sektor TVET.

Selain itu majlis diteruskan dengan upacara penyampaian surat lantikan rasmi kepada ahli-ahli Majlis Penasihat Industri (IAC) oleh Timbalan Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat