Hadi utus warkah junjung kasih kepada Sultan Selangor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengutus warkah junjung kasih kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 4 Mac 2024.

Dalam satu pemakluman Pejabat Presiden PAS pada Selasa menyatakan suatu warkah Menjunjung Kasih kepada Sultan Selangor telah diutus dan diserahkan kepada Setiausaha Sulit Baginda Tuanku, Datuk Muhamad Munir Bani bertarikh 4 Mac 2024.

Ini susulan pada 29 Februari lalu, Sultan Selangor menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan Presiden PAS itu yang ditujukan kepada alim ulama, peguam, hakim, ahli-ahli parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Hadi itu bertajuk Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan pada 20 Februari lalu di portal berita pas.org.my.

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, baginda menzahirkan dukacita itu menerusi satu surat yang diutuskan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri bertarikh 27 Februari.

“Antara intipati surat berkenaan, baginda menyifatkan Hadi yang membuat kenyataan terbuka di media sosial itu tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan baginda semasa mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada 15 Februari.

“Khususnya berkaitan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin yang mencabar keabsahan 16 peruntukan kesalahan jenayah dalam Enakmen Alamin Jenayah Syariah Kelantan 2019.

“Kenyataan sinis Hadi itu secara tidak langsung mengaitkan titah ucapan baginda dengan sikap Raja-Raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat dan tidak mengejar kepentingan dunia semata-mata adalah satu kenyataan yang amat tidak bersesuaian serta tidak beradab dari sudut budaya orang Melayu yang sentiasa menghormati dan memelihara adab ketika menyuarakan pandangan dan nasihat kepada Raja-Raja Melayu.

“Kenyataan Hadi mengkritik hakim yang dikatakan gagal mentakrifkan Perlembagaan Persekutuan mengikut prinsip Islam sebenar dan kononnya dicipta dan digubal oleh penjajah mengikut acuan mereka dengan tujuan menghancurkan agama, bangsa, bahasa dan tanah air,” menurut surat berkenaan.

Surat lima halaman itu juga menyebut, kenyataan Hadi bukan sahaja mengelirukan malah boleh membawa kegelisahan yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan kepada perpaduan umat Islam khususnya dalam kalangan orang Melayu di negara ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat